SIRKIT CATUR LOTUS'S 2025 - SIRI 6 (JUN)

KEJOHANAN SIRKIT CATUR LOTUS'S 2025 ini menawarkan wang tunai untuk pemenang Top 10 serta 45 medal untuk dimenangi. Anda juga berpeluang mengumpul mata bermula Siri 1 hingga 11 untuk peluang bermain di Grand Finale secara PERCUMA pada bulan Disember 2025 nanti!
Yuran EARLY BIRD hanya serendah RM20 untuk 50 peserta TERAWAL! Yuran biasa adalah RM25.
e-Sijil Penyertaan akan diberikan kepada semua peserta. Pemenang akan turut menerima Sijil Pencapaian.
FORMAT
Kawalan Masa : 10 Minit / Pemain
Pusingan : 6 atau 7 Pusingan Swiss
Semua pemain akan bertanding dalam satu kategori "Pairing".
SISTEM MATA SETIAP SIRKIT
Johan : 15 Mata
Naib Johan : 12 Mata
Ke-3 : 10 Mata
Ke-4 : 8 Mata
Ke-5 : 6 Mata
Ke-6 hingga 10 : 4 Mata
Ke-11 hingga 15 : 2 Mata
CARA MENDAFTAR. BACA LANGKAH INI.
1) BUTIRAN PEMBELIAN. KUANTITI merujuk kepada jumlah peserta yang ingin didaftarkan (Terutama untuk Ibu-bapa atau Guru yang ingin mendaftar lebih dari seorang anak / peserta. Jika mendaftar untuk diri sendiri sahaja, pilih KUANTITI 1
2) BUTIRAN PELANGGAN merujuk kepada pendaftar dan pembayar. Isi Maklumat yang diminta.
3) BUTIRAN PESERTA. Sila penuhkan maklumat peserta. Jika anda mendaftar lebih dari 1 peserta, butiran peserta akan bertambah secara automatik. Klik "Tanda Jika Sama Butiran Dengan Pelanggan" Jika anda mendaftar / membayar untuk diri sendiri sahaja. Kemudian, penuhkan maklumat lain yang diperlukan.
4) MAKLUMAT SEKOLAH / MSSD. Sila masukkan Nama Sekolah dan MSSD dengan tepat. Cth: SK Dato Hashim / KB
5) BUTIRAN PEMBAYARAN. Klik Butiran Pembayaran dan Pilih BANK anda. Sila selesaikan pembayaran melalui "Payment Gateway" yang disediakan. Salinan resit akan diemel kepada anda sebagai bukti pembayaran.
Sila klik dan sertai Komuniti Catur LOTUS'S KB dengan klik link di bawah. Terima Kasih
KLIK LINK UTK SERTAI GROUP WHATSAPP LOTUS'S KB
Jangan Lupa tarikh kejohanan pada 21 JUN 2025 (SABTU). FOOD COURT, LOTUS'S KOTA BHARU